Adakah hanya sekolah gred A sahaja dibekalkan Juruteknik Komputer?
Apakah kriteria yang diperlukan oleh sesebuah sekolah untuk mendapat pusat akses?
Apakah perbezaan pusat akses dengan makmal komputer?
Salam ...
Maaf kawanku, saya cuba nak balas isu anda tapi takut salah. Yang berhak jawab isu ini hanya pihak BTPN atau PKG. Saya difahamkan pihak PKG cuba menjawab soalan anda tetapi ada masalah teknikal dari segi account permission.
Kalau tak silap saya, jawatan juruteknik ini bukan hanya untuk sekolah gred A tetapi untuk sekolah yang mempunyai Pusat Akses tanpa mengira sekolah gred A atau B. Pemilihan sekolah untuk Pusat Akses pula bergantung kepada laporan penggunaan peralatan ICT oleh sekolah pada beberapa tahun yang lepas. Selain itu, tenaga dan kepakaran warga sekolah dalam bidang ICT juga diambil kira.
Sekolah yang dibekalkan dengan Pusat Akses juga diberi seorang guru Penyelaras Bestari untuk menguruskan semua hal yang berkaitan dengan ICT. Guru ini MESTILAH gred DG41 dan merupakan guru luar norm yang perlu mengajar hanya maksima 8 waktu sahaja.
Terdapat beberapa perbezaan antara Pusat Akses dengan Makmal Komputer. Antaranya ialah, Pusat Akses lebih terbuka fungsinya dan ia dikategorikan 'ala-cybercafe' di mana para pelajar dibenarkan menggunakannya sewaktu free dari pagi sehingga petang termasuk hari cuti sekolah. Ini kerana di pusat akses ditempatkan seorang pegawai khas ( juruteknik ) yang bertindak sebagai pemantau penggunaan pusat akses. Berbanding makmal komputer yang hanya digunakan sewaktu persekolahan sahaja.
Kalau silap, harap pihak PKG atau BTP perbetulkan. Hehe ...
